Huawei pada tahun ini telah mengambil takhta pengeluar telefon pintar kedua terbesar di dunia, dimana kini mereka mendahului Apple, dan hanya dibelakang Samsung.
Berkongsi lanjut mengenainya, Huawei dipetik mengatakan yang mana mereka telah mengeluarkan lebih 100 juta unit telefon pintar untuk tiga suku pertama tahun ini – iaitu antara Januari ke September 2017.
Perkara ini sekaligus menambah pendapatan syarikat mereka berbanding tahun lepas, selain turut mengukuhkan jenama mereka dalam arena peranti mudah-alih.
Paling terbaru, mereka telah memperkenalkan Huawei Mate 10 yang mana menerima maklumbalas yang baik dari segi kamera – selain ditawarkan pada harga jauh lebih rendah berbanding pesaing lain. Di Malaysia sendiri, model terbaru mereka, Huawei Mate 10 telah dipra-tempah sebanyak 10,000 unit dalam masa beberapa hari sahaja sejak ia ditawarkan.
Banyak lagi menarik FB kami
http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Huawei Telah Mengeluarkan Lebih 100 Juta Unit Telefon Pintar Setakat Ini Untuk 2007"