Huawei Malaysia bersama-sama Google Malaysia hari ini telah melancarkan telefon pintar yang dinantikan ramai peminat Android, iaitu Nexus 6P – sekaligus menjadikan ia salah satu telefon pintar Nexus yang memasuki pasaran Malaysia dengan pantas.
Dari segi spesifikasi, Nexus 6P menyertakan skrin bersaiz 5.7-inci, dan paparan 2K – boleh dikategorikan dibawah phablet. Ia turut dijana menggunakan cip Snapdragon 810, dan memori 3GB RAM. Untuk tujuan rakaman gambar, ia menyertakan kamera belakang 12.3-megapixel yang mampu merakamkan gambar dengan jelas dalam pelbagai keadaan, serta menawarkan sokongan merakamkan video pada gerak perlahan.
Pada bahagian belakang telefon pintar ini adalah sokongan pengimbas cap jari yang boleh digunakan untuk tujuan sekuriti. Ia berfungsi dengan pantas dan mengesan input jari serta-merta, berbeza dengan beberapa peranti lain di pasaran.
Telefon Nexus 6P juga menggunakan ruangan USB Type-C untuk tujuan pengecasan, selain ia turut hadir dengan rekaan unibody berasaskan kepada logam.
Di Malaysia, Huawei Malaysia akan menjualnya di VMall dan Lazada bermula 10 Disember ini pada harga RM2698. Ia akan hadir dalam pilihan warna Aluminium dan juga Graphite. 600 pembeli terawal juga akan menerima Google Chromecast secara percuma.
Banyak lagi menarik FB kami
http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Nexus 6P Berharga RM2698 Di Malaysia – Dijual Bermula 10 Disember, 600 Pembeli Pertama Menerima Chromecast"