Sebelum ini, kita sedia mendengar yang mana hampir 50 juta data akaun peribadi pengguna tertiris, dan dijual oleh pihak tidak bertanggungjawab. Pihak berkuasa masih tidak mengeluarkan sebarang komen lanjut berkaitan dengannya, dan hanya mengatakan sedang melakukan siasatan berkenaan perkara berkenaan.
Ekoran daripada perkara berkenaan, kini data berkenaan telah mula tertiris dan tersebar melalui sebuah perkhidmatan Tor, yang mana menyertakan sejumlah data pengguna – termasuk nama, jantina, tarikh lahir, alamat rumah, nombor telefon, nombor kad pengenalan dan juga kata laluan.
New breach: JobStreet in Malaysia had a breach which exposed almost 4M accounts. 45% were already in @haveibeenpwned https://t.co/LGaAnj1hUA
— Have I been pwned? (@haveibeenpwned) October 30, 2017
Kini, laman Have I Been Pwned yang sering menambah data-data yang tertiris dan digodam ini telah turut menambah Jobstreet pada pangkalan data mereka. Bagi pengguna yang ingin menyemak sama ada anda terlibat dengan data yang tertiris daripada JobStreet pada Mac 2012 yang lepas ini, boleh menyemaknya pada laman Have I Been Pwned dengan memasukkan alamat emel atau nama pengguna anda.
Seperti biasa, anda dinasihatkan untuk menukar kata laluan untuk perkhidmatan JobStreet untuk mengelakkan sebarang kejadian tidak diinginkan.
Layari : Have I Been Pwned
Banyak lagi menarik FB kami
http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Hampir 4 Juta Akaun Jobstreet Digodam – Semak Akaun Anda Terlibat Atau Tidak"