Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Samsung Akan Memulakan Penghasilan Z-SSD – Tujuh Kali Lebih Pantas Berbanding SSD Biasa

Penggunaan SSD semakin meluas kerana pengguna menyedari pelancaran program komputer menjadi lebih pantas selepas penggunaannya. Harga jualan SSD juga sudah menurun ke tahap ia lebih mampu milik berbanding pada awal pengenalannya. Laman Business Korea hari ini melaporkan Samsung sedang bersedia untuk menghasilkan Z-SSD seawal tahun hadapan.

Z-SSD ialah versi SSD terkini mereka yang dikatakan mempunyai kemampuan menulis sehingga 3.2 GB/s – tujuh kali ganda lebih pantas berbanding SSD biasa. Walaupun pantas kapasiti Z-SSD adalah kecil. Ini adalah bagi bersaing dengan 3D XPoint SSD yang dibangunkan oleh Intel dan Mikron. Penghasilan SSD dan RAM adalah dua sektor yang menyebabkan Samsung menjadi pengeluar cip semikonduktor terbesar di dunia sekaligus memintas Intel yang memegang takhta ini selama 24 tahun.

Kami masih lagi menggunakan HDD di rumah kerana komputer hanya digunakan untuk tujuan menulis. Hanya komputer riba kami dilengkapi SSD dan kami menyedari masa untuk boot-up dan membuka program amat pantas berbanding HDD. Anda pula bagaimana?



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac

Related Post

0 Komentar untuk "Samsung Akan Memulakan Penghasilan Z-SSD – Tujuh Kali Lebih Pantas Berbanding SSD Biasa"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By Catatan Info