Fungsi multi window ialah fungsi yang diperkenalkan oleh Samsung buat pertama kali ketika Samsung Galaxy Note dilancarkan pada tahun 2011. Fungsi ini diperbaiki tahun demi tahun dengan sokongan paparan empat aplikasi serentak disokong pada tablet buatan mereka. Kini multi window adalah fungsi yang turut disertakan pada peranti keluaran LG.
Dengan Android M nampaknya Google akhirnya menyokong fungsi ini secara terbina pada tablet. Apa yang anda perlu lakukan ialah menekan butang multi tasking untuk melihat aplikasi apakah yang menyokong fungsi ini. Sama seperti yang dilakukan pada Galaxy Note 4, aplikasi yang menyokong fungsi ini akan mempunyai simbol khas pada paparan kad multi window mereka. Dengan menekan butang ini anda kemudian boleh memilih untuk memaparkan aplikasi di dalam susunan dua ataupun empat tetingkap. Fungsi multi window terbina Android M pastinya memudahkan pengeluar tablet Android lain untuk menyertakan fungsi ini pada tablet mereka. Pada hemat kami fungsi ini adalah fungsi yang harus wujud pada tablet bagi memaksimumkan penggunaan ruang skrin sekaligus memudahkan anda melakukan pelbagai tugasan sekaligus.
Banyak lagi menarik FB kami
http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Android M Untuk Tablet Menyokong Skrin Multi Window Secara Terbina"