Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Nexus 6P Akan Menerima Kemaskini Android Oreo Pada 11 September Ini

Sebab utama pengguna membeli peranti Pixel dan Nexus ialah untuk mendapatkan kemaskini yang pantas terus dari pihak Google. Pengguna Pixel telahpun menerima kemaskini Android 8.0 Oreo minggu lalu namun Google tidak pula mengeluarkan kenyataan mengenai peranti Nexus 6P dan Nexus 5X.

Android OreoBagi pemilik Nexus 6P ada sedikit berita baik buat anda. Syarikat telekomunikasi Rogers mengesahkan kepada pelanggan mereka Android Orea akan diterima pada peranti Nexus 6P pada 11 September ini. Memandangkan kemaskini Nexus dilakukan serentak, pengguna di Malaysia mempunyai kebarangkalian menerimanya pada tarikh yang sama.

Kemaskini untuk Nexus 5X masih belum diketahui. Bagi pemilik peranti keluaran Huawei, Samsung, HTC,Nokia dan Sony ia akan diterima menjelang hujung tahun.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Nexus 6P Akan Menerima Kemaskini Android Oreo Pada 11 September Ini"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info