Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Imej Pengolokan Google Daydream View Terkini Dan Google Home Mini Turut Tertiris

Dengan majlis khas bakal dilakukan 4 Oktober hadapan, beberapa produk lain selain Google Pixel 2 akan dilancarkan. Imej pengolokan untuk Google Daydream View baru dan Google Home Mini  turut tertiris pagi ini dari laman Droidlife. Daydream View terbaru mempunyai rekaan yang sama dengan perubahan hanya dilihat pada kemasan bahan binaannya yang tampak lebih kasar. Ia dijual pada harga $99 (~RM 415) sebuah dan turut hadir dengan alat kawalan seperti tahun lalu. Tiga pilihan warna diberikan.

Google Home Mini pula ialah pembesar suara pintar besaiz lebih kecil berbanding Google Home yang dilancarkan akhir tahun lalu. Seperti Daydream View, Home Mini turut ditawarkan dalam tiga warna yang sama Harga jualannya pula dikatakan hanya $49 (~RM 205). Maklumat mengenai spesifikasi lengkap dan perubahan yang dilakukan hanya akan diketahui pada majlis pelancarannya 4 Oktober ini.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac

Related Post

0 Komentar untuk "Imej Pengolokan Google Daydream View Terkini Dan Google Home Mini Turut Tertiris"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By Catatan Info