Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Pandang Pertama Samsung Galaxy A8 –

Tahun lalu Galaxy A5, A6 dan A7 membawa perubahan kepada rekaan peranti Samsung. Ketiga-tiga peranti diperbuat daripada bahan logam dan kelihatan premiun walaupun jatuh ke dalam kategori peranti pertengahan. Kami sempat mengulas Galaxy A5, versi paling rendah spesifikasinya dan kagum dengan kemampuan optik peranti berskrin 5″ ini. Rekaan tubuh yang diperbuat daripada logam keluarga Galaxy A kemudian digunakan pada Galaxy S6 yang bukan sahaja premium dan berkuasa tetapi mempunyai kemampuan kamera terbaik bagi peranti mudah alih. Samsung Galaxy A8 dilancarkan Khamis lalu dan masih mengekalkan rekaan tubuh berlogam. Berikut ialah pandang pertama Galaxy A8 dari kami.

Rekaan

Samsung Galaxy A8
Pemproses 1.8 x 4 + 1.3 x 4 GHz Exynos 5430
Skrin 5.7″ FHD SAMOLED (386 ppi)
RAM 2 Gigabyte
Muatan Dalaman 32 Gigabyte (MikroSD sehingga 128 GB)
Kamera Utama 16 Megapixel f/1.9
Kamera Depan 5 Megapixel f/1.9
Bateri 3050 mAh
SIM/Telefoni Dwi NanoSIM / 4G
Harga Jualan RM 1888

Samsung Galaxy A8 ialah peranti dengan skrin 5.7″ FHD SAMOLED, diperkasakan pemproses 1.8 X 4 + 1.3 X 4 GHz Exynos 5430, RAM sebesar 2 Gigabyte dan muatan dalaman 32 Gigaybte. Tahun ini sokongan penambahan memori dalaman disokong sehingga 128 Gigabyte. Slot kad SIM kedua boleh digunakan sebagai slot MikroSD apabila tidak digunakan.

Kemampuan optik pula ialah 16 Megapixel pada bahagian belakang dam 5 Megapixel pada bahagian hadapan. Menarik sekali lensa f/1.9 yang sebelum ini digunakan pada Galaxy S6 digunakan pada peranti kelas pertengahan.

Phablet ini dilengkapi bateri sebesar 3050 mAh. Walaupun mempunyai skrin sebesar Galaxy Note 4 saiz bateri yang digunakan A8 adalah lebih kecil. Saiz bateri yang kecil ini berlaku kerana Galaxy A8 ialah peranti keluarga Galaxy yang paling nipis pernah dihasilkan. Dengan ketebalan 5.9 mm ianya jauh lebih nipis dari Note 4 (8.5 mm) dan S6 (6.8 mm).

Pada bahagian hadapan terdapat sebuah butang home fizikal yang dihimpit butang back pada sebelah kanan dan butang multi tasking pada sebelah kiri. Butang home fizikal ini turut berfungsi sebagai pengimbas cap jari. Seperti yang dilihat pada S6, pengimbas cap jari A8 hanya memerlukan anda meletakkan jari tanpa perlu mentatal ke bawah untuk melakukan nyahkunci. Pada waktu yang sama kamera boleh dilancarkan dengan segera sekiranya butang home ditekan sebanyak dua kali.

Butang kuasa terletak pada sebelah kanan manakala dua butang suara pada sebelah kiri. Dua slot Nano SIM turut diletakkan pada sisi kiri peranti. Pada bahagian bawah terdapat port pengecas MikroUSB dan jack fon kepala. Bergerak ke bahagian belakang sebuah pembesar suara mono diletakkan pada sebelah kiri lensa kamera utama.

Jelas sekali sekiranya S6 meminjam elemen rekaan Galaxy A, dengan Galaxy A8 elemen dari peranti utama Samsung ini dipinjam pula olehnya. Perbezaan adalah pada panel belakang yang diperbuat daripada logam dan bukannya kaca. Lokasi pembesar suara juga kekal pada bahagian belakang seperti model Galaxy A terdahulu.

Galaxy A8M2420058Galaxy A8M2420064Galaxy A8M2420083

Antaramuka Touchwiz

Android 5.1 dengan antaramuka Touchwiz digunakan pada A8. Sejak kebelakangan ini pelbagai pembaharuan dilakukan oleh Samsung bagi melancarkan operasi Touchwiz yang terkenal dengan masalah sela masa. Kali pertama Touchwiz lebih ringan ini diperlihatkan ialah pada Galaxy S6. Galaxy A8 menggunakan Touchwiz yang sama dan ianya pantas tanpa sebarang masalah sela masa. Aplikasi terpasang boleh dibuang sekiranya tidak diperlukan dan tema berbeza boleh dipilih sekiranya tema sedia ada tidak memenuhi citarasa pengguna. Kami tidak menyedari sebarang sela masa pada unit yang dicuba semalam majlis pelancaran

Kamera

Kamera Galaxy A8 mempunyai saiz sensor dan lensa yang sama seperti Galaxy S6. Perbezaannya diantara dua peranti ini ialah kamera utara A8 tidak mempunyai sokongan OIS dan hanya mengambil video pada resolusi 1080P. Dengan lensa f/1.9 kualiti gambar terutamanya dalam situasi pencahayaan yang rendah pastinya lebih baik. Seperti peranti Samsung yang lain aplikasi kamera A8 dilengkapi dengan pelbagai pratatepan seperti pro dan fungsi malam. Pada resolusi tertinggi iaitu 16 Megapixel, gambar yang diambil dihadkan kepada nisbah 4:3. Kemampuan video pula adaha 1080P pada kamera hadapan dan belakang.

Kesimpulan

Di atas kertas Samsung Galaxy A8 ialah sebuah peranti kelas pertengahan dengan beberapa ciri yang dikaitkan dengan sebuah peranti premium. Pertama sekali ialah binaan logam yang bukan sahaja cantik dilihat tetapi selesa dipegang. Ia turut mempunyai pengimbas cap jari tidak seperti majoriti peranti kelas pertengahan. Kemampuan kameranya juga nampak menarik dengan lensa f/1.9 di bahagian belakang dan hadapan. Ini adalah lensa yang sama digunakan pada Samsung Galaxy S6 yang umum diketahui mempunyai kemampuan kamera peranti pintar terbaik di pasaran sekarang. Melancarkan aplikasi kamera juga mudah dengan menekan butang home sebanyak dua kali.

Dengan saiz skrin 5.7″, A8 mempunyai saiz skrin yang sama dengan sebuah Galaxy Note 4. Ini membawakan beberapa masalah yang dikaitkan dengan sebuah phablet. Ia agak sukar untuk dikendalikan dengan sebelah tangan. Kapasiti bateri juga agak kecil bagi sebuah peranti berskrin besar. Obsesi Samsung menghasilkan peranti nipis masih wujud nampaknya dan ia mengakibatkan A8 terpaksa menggunakan bateri yang lebih kecil.

Dari pandangan pertama harus kami akui kami suka dengan apa yang kami lihat. Galaxy A8 memang sebuah peranti yang cantik dengan fungsi-fungsi tambahan yang tidak wujud pada peranti lain di dalam kelasnya. Dengan harga RM 1888, ia mungkin agak mahal berbanding pesaing. Nantikan ulasan lengkap kami di masa hadapan.

 



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Pandang Pertama Samsung Galaxy A8 –"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info