Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Microsoft Berkongsi Senarai Telefon Lumia Yang Akan Menerima Kemaskini Windows 10 Terlebih Dahulu

Microsoft telah pun mula memperkenalkan kemaskini Windows 10 untuk desktop dan komputer riba. Versi untuk peranti mudah-alih pula dijangka hadir tidak lama lagi, dan melalui sebuah halaman khusus untuk Windows 10 Mobile, Microsoft berkongsi sejumlah peranti yang dilihat akan menerimanya terlebih dahulu.

Sebanyak 10 peranti disenaraikan oleh Microsoft, iaitu Lumia 930, Lumia 830, Lumia 735, Lumia 640 XL, Lumia 640, Lumia 540, Lumia 535, Lumia 532, Lumia 435, dan juga Lumia 430.

Windows 10 Phone

Microsoft sendiri sebelum ini telah menekankan yang mana penawaran fungsi untuk beberapa peranti mungkin terhad dan tidak membawakan fungsi sepenuhnya seperti beberapa peranti flagship. Ini adalah kerana had kuasa pemprosesan dan memori yang ditawarkan.

Windows 10 Mobile dilihat akan membawakan penggunaan selari dengan komputer, selain beberapa aplikasi universal, dan beberapa komponen yang diintegrasikan antara satu sama lain – termasuk Cortana.

Buat masa ini, Microsoft masih tidak mengeluarkan sebarang tarikh berkaitan bilakah kemaskini ini akan mula ditawarkan kepada peranti-peranti yang disenaraikan.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Microsoft Berkongsi Senarai Telefon Lumia Yang Akan Menerima Kemaskini Windows 10 Terlebih Dahulu"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info