Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Dead Rising 4 Akan Hadir Ke PlayStation 4 Disember Ini

Dead Rising 4 diumumkan tahun lalu eksklusif untuk konsol Xbox One. I turut hadir pada platform PC. Penantian pengguna PlayStation 4 untuk memainkannya akan berakhir pada 5 Disember hadapan dengan pelancaran Dead Rising 4: Frank’s Big Package.

Versi ini akan hadir dengan kesemua DLC yang sebelum ini ditemui pada Xbox One dan PC. Mod baru Capcom Heroes akan diperkenalkan yang membolehkan Frank memakai baju seperti watak Capcom popular seperti Megaman dan Cammy. Pemilik versi Xbox One dan PC akan menerima mod Capcom Heroes ini secara percuma pada tarikh yang sama. Dengan pelancaran permainan ini, Xbox One kehilangan sebuah lagi permainan “eksklusif” mereka.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Dead Rising 4 Akan Hadir Ke PlayStation 4 Disember Ini"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info