Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Lenovo Memperkenalkan VIBE Xtension Selfie Flash – Lampu Flash Untuk Rakaman Selfie Pada Sebarang Peranti Android

Terdapat beberapa telefon pintar baru yang hadir dengan sokongan LED Flash pada bahagian hadapan. Sekiranya telefon yang diminati anda tiada lampu Flash hadapan, tetapi anda benar-benar inginkannya, mungkin aksesori khusus daripada Lenovo ini boleh membantu anda.


VIBE Xtension Selfie Flash


VIBE Xtension Selfie FlashDipanggil sebagai Lenovo VIBE Xtension Selfie Flash, ia dihubungkan ke peranti Android melalui port audio-jack. Memandangkan kebanyakkan telefon pintar meletakkan port audio-jack pada bahagian atas, maka aksesori ini boleh digunakan oleh anda ketika merakamkan gambar selfie, sekaligus menjadikan rakaman anda lebih jelas walaupun pada keadaan lampu malap.


Ia agak menarik memandangkan aksesori ini daripada Lenovo bukan hanya terhad kepada peranti mereka sahaja, sebaliknya boleh digunakan oleh pelbagai peranti Android lain dipasaran.


Lenovo VIBE Xtension Selfie Flash ini bakal dijual di pasaran bermula bulan April ini, dan membawakan harga sebanyak$29 (~RM100).






Banyak lagi menarik FB kami



http://ift.tt/14Mtwjx

via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Lenovo Memperkenalkan VIBE Xtension Selfie Flash – Lampu Flash Untuk Rakaman Selfie Pada Sebarang Peranti Android"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info