Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Lenovo P90 – Telefon Pintar Dengan Cip Intel 64-bit, Sokongan 4G LTE, Bateri 4000mAh

Lenovo tidak lama sebelum ini pernah menawarkan telefon pintar dengan cip Intel, iaitu K900. Setelah sekian lama, kini pihak Lenovo hadir lagi dengan sebuah lagi telefon pintar menggunakan cip Intel terkini, dikenali sebagai Lenovo P90.


Lenovo P90


Lenovo P90


Lenovo P90 hadir dengan skrin bersaiz 5.5-inci, dijana menggunakan cip Intel Atom Z3560 1.8Ghz, memori sebanyak 2GB RAM, dan ruangan storan sebesar 32GB. Peranti ini turut menyertakan kamera belakang 13-megapixel dengan sokongan OIS, dan juga kamera hadapan 5-megapixel. Sokongan rangkaian LTE turut disertakan bersama-sama peranti ini.


Untuk bahagian bateri pula, pihak Intel turut menyertakan bateri berkapasiti sehingga 4000mAh, yang mana boleh dikatakan agak bersaiz besar jikalau dibandingkan dengan peranti lain di pasaran. Pihak Lenovo turut menyertakan beberapa pengubah-suaian pada sistem operasi berasaskan Android 4.4 KitKat ini, termasuk beberapa mod khas untuk rakaman selfie.


Lenovo P90 ini akan ditawarkan dalam pilihan warna putih, hitam dan juga merah, dan dijangka akan mula dijual sekitar bulan Februari kelak.


Lenovo P90


Lenovo P90


Lenovo P90






Banyak lagi menarik FB kami



http://ift.tt/14Mtwjx

via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Lenovo P90 – Telefon Pintar Dengan Cip Intel 64-bit, Sokongan 4G LTE, Bateri 4000mAh"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info