Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Xiaomi Mi Mix 2 Bakal Dilancarkan Pada 11 September – Sehari Sebelum Pengenalan iPhone Baru

Xiaomi kini menjadualkan acara pengenalan telefon pintar dengan bingkai bersaiz nipis daripada mereka, iatu Mi Mix 2 pada 11 September. Perkara ini disahkan oleh Xiaomi melalui perkongsian poster pelancaran untuk Mi Mix 2 pada laman Weibo.

Xiaomi Mi Mix 2

Xiaomi pada tahun lepas telah memperkenalkan Mi Mix dan melabelkannya sebagai peranti “konsep”, tetapi menawarkan ia kepada umum. Ia hadir dengan rekaan bingkai yang sangat nipis dan nisbah skrin yang luas – salah satu trend yang turut dilaksanakan oleh pelbagai pengeluar pada tahun ini.

Untuk Mi Mix 2 pula, ia dijangka akan hadir dengan rekaan bingkai yang jauh lebih nipis berbanding dengan versi sebelum ini.

Seperti biasa, sama-sama kita nantikan apakah kejutan yang bakal dibawakan oleh Xiaomi sehari sebelum pelancaran iPhone generasi baru oleh Apple.

Xiaomi Mi Mix 2



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Xiaomi Mi Mix 2 Bakal Dilancarkan Pada 11 September – Sehari Sebelum Pengenalan iPhone Baru"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info