Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Samsung Mengesahkan Pembangunan Speaker Pintar Seumpama Amazon Echo

Samsung telah diperkatakan beberapa kali sedang membangunkan sebuah speaker pintar untuk menyaingi produk seperti Amazon Echo, Google Home mahupun Apple HomePod. Selepas pelbagai desas-desus dan laporan sebelum ini, kini DJ Koh, Presiden Bahagian Mudah-Alih di Samsung mengesahkan yang mana Samsung sedang membangunkan speaker pintar mereka tersendiri.

Melalui temuramah bersama CNBC, DJ Koh mengesahkannya, dan mengatakan ia mungkin diperkenalkan tidak lama lagi. Samsung ingin menawarkan pengalaman penggunaan yang selari di dalam rumah menggunakan peranti Samsung, dan ia mungkin membantu proses berkenaan.

Samsung sendiri kini memfokuskan pembangunan pembantu maya-digital mereka dilengkapi kecerdasan buatan, dinamakan sebagai Bixby. Bixby kini telah diintegrasikan pada telefon pintar keluaran Samsung – dan dijangka akan diintegrasikan pada pelbagai peralatan elektronik lain, termasuk ke dalam speaker pintar ini.

Buat masa ini, ia tidak diketahui lagi bilakah Samsung akan memperkenalkannya secara rasmi.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac

Related Post

0 Komentar untuk "Samsung Mengesahkan Pembangunan Speaker Pintar Seumpama Amazon Echo"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By Catatan Info