Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Samsung Gear Sport Diperkenalkan – Jam Tangan Pintar Dengan Fokus Kepada Gaya Hidup Aktif

Samsung pada tahun lepas telah mencuri perhatian ramai melalui jam tangan pintar Gear S3 mereka. Kini, untuk tahun ini, Samsung tidak menawarkan kemaskini untuknya, sebaliknya memperkenalkan salah satu variasi dan alternatif jam tangan pintar untuk mereka dengan gaya hidup aktif.

Dinamakan sebagai Samsung Gear Sport, ia hadir dengan skrin berbentuk bulat menggunakan panel Super AMOLED. Seperti sebelum ini, ia masih dijana berasaskan Tizen, tetapi lebih tahan lasak – sesuai untuk digunakan bagi mereka yang sering bersenam dan mempunyai gaya hidup aktif.

Samsung Gear Sport

Samsung Gear Sport ini hadir dengan sokongan kalis air, dan turut menyertakan sensor untuk pemantauan aktiviti berenang – lebih kurang seperti Gear Fit2 Pro. Disamping itu, Gear Sport turut dilengkapi dengan sensor kadar denyutan nadi, dan turut menyertakan sejumlah sokongan aplikasi menarik – termasuk Spotify, MyFitnessPal, Endomondo, dan sebagainya. Pengguna turut boleh menyimpan lagu Spotify untuk akses luar-talian, sekaligus kekal mendengar lagu walaupun tanpa bersambung ke telefon pintar.

Samsung Gear Sport

Disamping itu, Samsung turut menyertakan sokongan NFC untuk pembayaran Samsung Pay menggunakan Gear Sport ini.

Samsung menyasarkan untuk memasarkan Gear Sport di Malaysia menjelang bulan November kelak.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Samsung Gear Sport Diperkenalkan – Jam Tangan Pintar Dengan Fokus Kepada Gaya Hidup Aktif"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info