Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Acer Swift 5 Kini Hadir Dengan Ketebalan Kurang 0.9sm, Cip Intel Core Gen-8

Laptop Acer Swift 5 dan Switch 5 merupakan dua daripada siri laptop ultra-nipis daripada Acer yang bukan sahaja hadir dengan kuasa pemprosesan yang cukup mantap, tetapi juga jangka-hayat bateri yang mampu bertahan selama hampir sepuluh jam.

Terkini, di acara Acer GPC di Berlin, syarikat tersebut mengumumkan bahawa mereka akan mengemaskini dua daripada laptop-laptop ultra-nipis mereka, termasuklah Acer Swift 5 dan juga Acer Switch 5 dengan menggunakan CPU Intel generasi kelapan Coffee Lake.

Acer Swift 5

Dengan Acer Swift 5 terbaru, Acer telah melakukan beberapa perubahan rekaan, termasuklah penggunaan bezel yang lebih nipis sebelum ini, dan juga paparan sesentuh dengan resolusi Full HD, sama seperti sebelum ini. Selain dari itu, Swift 5 ini juga menggunakan cangkerang magnesium-lithium yang membolehkan peranti ini diukur pada berat dibawah 1kg, selain setebal kurang 0.9cm.

Acer Swift 5

Ciri-ciri lain yang hadir pada laptop Swift 5 ini juga termasuklah sistem audio Acer TrueHarmony, pengiktirafan Skype For Business dan juga teknologi WiFi 2×2 802.11ac.

Acer Spin 5 pula hadir dengan beberapa penambahbaikkan yang cukup menarik sekali. Selain daripada penggunaan CPU Intel Coffee Lake yang terbaru, laptop Spin 5 kini hadir dengan dua buah model baru, termasuklah sebuah yang hadir dengan paparan 13 inci dan juga 15 inci, dan kedua-duanya hadir dengan paparan skrin beresolusi Full HD 1920×1080 pixel.

Acer Spin 5

Dari segi spesifikasi lain, kedua-dua model ini hadir dengan pilihan memori DDR4 sehingga 16GB dan juga jangka-hayat bateri yang dikatakan mampu bertahan sehingga 13 jam dengan satu pengecasan penuh.

Laptop yang berkebolehan memusingkan paparannya ke empat mod yang berlainan ini juga hadir dengan sebuah penambahbaikan yang cukup menarik, iaitu kehadiran sebuah kad grafik NVIDIA GeForce GTX 1050 untuk model Acer Spin 5 15 inci. Walaupun ia hadir dengan kad grafik yang cukup berkuasa ini, Acer menyatakan bahawa model Spin 5 15 inci dengan kad grafik ini berukuran 17.9mm dan hanya seberat 2kg.

Sedang dikemaskini..



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Acer Swift 5 Kini Hadir Dengan Ketebalan Kurang 0.9sm, Cip Intel Core Gen-8"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info