Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Acer Mengumumkan Acer Aspire S24 – Komputer AIO Paling Nipis Dari Acer

Acer cukup terkenal dengan komputer All-In-One mereka yang hadir dengan rekaan yang padat tetapi berkuasa, dan komputer-komputer ini cukup bagus untuk mereka yang mahukan sebuah komputer kelas desktop, tetapi tidak mempunyai ruang yang mencukupi untuk meletakkan sebuah komputer dengan rekaan tradisional tersebut.

Di acara Acer GPC di Berlin, Acer memperkenalkan komputer AIO terbaru mereka. Acer Aspire S24, yang dikatakan komputer AIO yang paling nipis oleh syarikat tersebut setakat ini. Ia dikuasakan oleh CPU Intel generasi kelapan Coffee Lake, dan mempunyai storan cache Intel Optane yang mempercepatkan waktu pembukaan perisian yang dimuatkan di dalam cakera keras.

Rekaan Aspire 24 ini juga cukup menarik. Bahagian paparan yang menempatkan komponen-komponen ini hanya mempunyai ketebalan 5.97mm, membuatkannya komputer AIO ternipis dari Acer setakat ini. Cangkerang komputer ini hadir dengan rekaan warna hitam dan emas pusam yang membuatkannya kelihatan seperti sebuah komputer yang sangat premium.

Dari segi paparan, ia dimuatkan dengan paparan skrin IPS bersaiz 23.8 inci dengan resolusi paparan Full HD 1920×1080 pixel. Dalam pada itu, paparan ini juga mempunyai bingkai yang cukup nipis dengan ketebalan 2.7mm. yang memberikan paparan Aspire s24 ini nisbah skrin-ke-badan 90%. Ia juga mempunyai sudut pandangan sehingga 178 darjah yang membolehkan pengguna melihat butiran di paparan komputer ini pada semua arah.

Menariknya, komputer Acer Aspire S24 ini juga hadir dengan teknologi pengecasan tanpa-wayar Qi di bahagian tapaknya, jadi jika anda mempunyai peranti mudah-alih yang menggunakan teknologi ini, anda boleh menggunakannya untuk mengecas peranti anda.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Acer Mengumumkan Acer Aspire S24 – Komputer AIO Paling Nipis Dari Acer"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info