Xiaomi memasuki pasaran Malaysia dan membuktikan peranti pintar tidak perlu mempunyai harga pecah dompet untuk dimiliki. Jika ada satu komen negatif mengenai Xiaomi ialah peranti mereka tidak semuanya akan menerima kemaskini perisian. Bagi mereka yang tidak peduli tentang versi Android, ini bukanlah masalah besar.
Tetapi bagi mereka yang mementingkan kemaskini, ini ialah sebab mengapa mereka tidak memilih Xiaomi. MIUI 9 yang berasaskan Android Nougat akan dilancarkan pada 26 Julai hadapan. Sempena pelancaran pelancar terkini mereka ini, Xiaomi telah berkongsi senarai 34 peranti yang bakal menerimanya. Ini ialah senarai yang agak panjang dan mengejutkan.
Mi 2/2S, yang dilancarkan pada tahun 2013 disenaraikan sebagai penerima. Ini adalah kerana Xiaomi mendapati peranti ini masih digunakan oleh 5 Juta pengguna. Walaubagaimanapun kesemua peranti di bawah akan menerima MIUI 9 China ROM. Senarai untuk Global ROM masih belum dikongsikan buat masa ini.
- Mi 6
- Mi 5s Plus
- Mi 5s
- Mi 5c
- Mi 5
- Mi 4S
- Mi 4c
- Mi 4
- Mi 3
- Mi 2/2S
- Mi MIX
- Mi Max 2
- Mi Max, Mi Note 2
- Mi Note/Pro
- Mi Pad 2
- Mi Pad 1
- Redmi Note 4X (MTK)
- Redmi Note 4X (SD)
- Redmi Note 4
- Redmi Note 3 (MTK)
- Redmi Note 3 (SD)
- Redmi Note 2
- Redmi Note
- Redmi Pro
- Redmi 4X
- Redmi 4A
- Redmi 4
- Redmi 4 Prime
- Redmi 3S/Prime
- Redmi 3
- Redmi 2A
- Redmi 2/Prime
- Redmi 1S
- Redmi 1
Banyak lagi menarik FB kami
http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Xiaomi Berkongsi Senarai 34 Peranti Yang Akan Menerima MIUI 9"