Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Pemilik Samsung Galaxy S8 Mula Menerima Fungsi Bixby Voice Hari Ini

Setelah beberapa kali ditangguhkan, fungsi Bixby Voice mula diaktifkan kepada pemilik Samsung Galaxy S8 dan S8+ di seluruh dunia. Bixby Voice mempunyai fungsi yang sama seperti Google Assistant dan Siri. Pengguna boleh mengawal peranti dan menyoal Bixby Voice dengan menggunakan kawalan suara sepenuhnya.

Sebelum ini Bixby Voice hanya menyokong bahasa Korea dan diaktifkan di negara tersebut sahaja. Hanya sebilangan kecil pengguna ditawarkan menggunakan versi Beta Bixby Voice dalam bahasa Inggeris. Kerana ia aplikasi pembantu maya yang dibangunkan oleh Samsung, ia mempunyai beberapa fungsi unik yang tidak ditemui pada Google Assistant.

Sebagai contoh Bixby Voice boleh diarahkan menurunkan membuka menu spesifik pada skrin tetapan peranti atau menangkap gambar skrin sebelum menghantarnya kepada individu tertentu. Kami sudah menerima kemaskini Bixby Voice pagi ini dan saiz muat turun ialah sebesar 750.41 MB.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Pemilik Samsung Galaxy S8 Mula Menerima Fungsi Bixby Voice Hari Ini"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info