Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Facebook Mengesahkan Akan Menguji Ciri Langganan Berbayar Untuk Kandungan Berita

Facebook hari ini mengesahkan yang mana mereka akan mulakan ujian untuk langganan berita berbayar – sekaligus menarik kembali para penerbit berita dan kandungan untuk menggunakan platform Facebook. Ciri langganan berbayar ini dijangka ditawarkan sebagai sebahagian daripada penambahan untuk Instant Articles.

Facebook Instant Articles

Facebook dikatakan sedang berbincang dengan beberapa pihak untuk ujian rintis produk berkenaan, dan mungkin akan mengujinya seawal bulan Oktober kelak. Melalui apa yang kedengaran, melalui ciri langganan berbayar ini, pengguna akan dapat mengakses sehingga 10 artikel secara percuma daripada seseorang penerbit, dan perlu membayar untuk mengakses kandungan selebihnya.

Sejumlah perkara masih sedang dalam perancangan, termasuk bagaimana pembayaran dilakukan, dan beberapa perkara lain. Ia juga masih menjadi tanda tanya sama ada ciri ini akan hanya diuji di Amerika Syarikat sahaja, atau akan dibuka kepada pengguna global.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Facebook Mengesahkan Akan Menguji Ciri Langganan Berbayar Untuk Kandungan Berita"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info