Microsoft sebelum ini sedia mengambil-alih laman sosial profesional LinkedIn – dan hari ini, Microsoft turut mengumumkan pelancaran aplikasi khusus untuk para pengguna komputer Windows 10, sekaligus memudahkan urusan dan interaksi melalui laman sosial berkenaan.
Untuk makluman, aplikasi LinkedIn ini adalah lebih kepada sebuah wrapper web sahaja – sekaligus menawarkan paparan antaramuka dan ciri-ciri sama seperti versi yang anda boleh akses melalui pelayar web. Cuma, kelebihannya adalah ia diintegrasikan dengan Live Tiles dan juga Action Center – sekaligus memudahkan anda mengikuti pelbagai kemaskini dan notifikasi dengan lebih mudah.
Microsoft menawarkan aplikasi LinkedIn ini melalui Windows Store bermula hari ini – dan ya, ia turut menyokong bahasa Malaysia.
Banyak lagi menarik FB kami
http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Aplikasi LinkedIn Diperkenalkan Untuk Pengguna Windows 10"