Sebelum ini kita sedia melihat CIMB hadir dengan sebuah aplikasi khusus dinamakan CIMB EVA yang menawarkan kemudahan perbankan melalui bantuan bot. Kini, Hong Leong Bank turut melakukan perkara lebih kurang sama melalui kemaskini aplikasi yang baru.
Aplikasi baru membolehkan anda membuat beberapa transaksi seperti pemindahan, pembayaran bil dan sebagainya dengan menggunakan tiga kata kunci yang telah ditetapkan. Anda hanya perlu menaip dan berinteraksi seumpama pada aplikasi permesejan atau bot lain, dan anda boleh melakukan transaksi dengan pantas menggunakannya.
Disamping itu, aplikasi baru ini juga turut mengintegrasikan sejumlah fungsi baru lain – termasuk sokongan pengimbas cap jari untuk log masuk tanpa kata laluan, sokongan bahasa Inggeris, Malaysia dan Cina – serta memperlihatkan penjenamaan semula untuk perkhidmatan PEx mereka kepada nama baru yang lebih mudah difahami.
Bagi anda yang menggunakan bank Hong Leong, boleh memuat-turun aplikasi baru ini pada iPhone dan Android, dan menikmati ciri-ciri baru yang ditawarkan ini.
Muat-Turun Hong Leong Connect untuk iPhone
Muat-Turun Hong Leong Connect untuk Android
Banyak lagi menarik FB kami
http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Aplikasi Hong Leong Connect Dikemaskini Dengan Kemudahan Perbankan Ala Permesejan"