Bagi kebanyakkan pengguna internet pada era kegemilangan Yahoo!, mungkin anda mempunyai akaun Yahoo! Mail. Kini, selepas Yahoo! diambil-alih oleh Verizon tempoh hari, Yahoo Mail kini dilihat diberi perhatian, dan diberikan nafas baru – termasuk dari segi rekaan dan juga teknologi disebaliknya.
Yahoo Mail kini memfokuskan kepada kepantasan, dimana ia dilengkapi dengan pelbagai teknologi sumber terbuka seperti React, Node.js, dan sebagainya. Ia sekaligus menjadikan Yahoo Mail kini lebih mesra untuk pengguna dengan talian internet perlahan – terutamanya di negara-negara membangun. Disamping itu, ia turut dikatakan yang mana Yahoo Mail kurang menggunakan memori pada pelayar web berbanding sebelumnya.
Rekaan antaramuka baru juga dilihat lebih kemas berbanding dengan sebelumnya.
Disamping versi percuma biasa, kini Yahoo Mail turut ditawarkan dalam variasi bebas iklan yang dinamakan sebagai Yahoo Mail Pro. Ia ditawarkan pada harga bermula $3.49 sebulan, atau hanya memilih untuk versi bebas iklan pada aplikasi Android atau iOS sahaja pada harga $0.99 sebulan.
Dengan masalah kerentanan dan godam yang dialami Yahoo Mail sebelum ini, ia masih tidak diketahui sama ada perkhidmatan emel ini akan dapat menarik pengguna baru atau sebaliknya.
Naik-Taraf : Yahoo! Mail Baru
Banyak lagi menarik FB kami
http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Yahoo Mail Diberikan Nafas Baru, Termasuk Pengenalan Pelan Berbayar Yahoo Mail Pro"