Pada bulan lepas, kita telah dikejutkan dengan serangan ransomware WannaCry yang menyerang sejumlah besar komputer seluruh dunia, sehingga menyebabkan beberapa perusahaan terpaksa ditutup sementara. Terkini, sebuah lagi variasi baru perisian tebusan (ransomware) dinamakan Petya/Goldeneye mula menyerang komputer-komputer di perusahaan dan perniagaan sekitar Eropah.
Menurut Kaspersky, ia merupakan salah satu variasi ransomware Petya yang telah dikenal-pasti bulan Mac lepas. Mereka turut mengatakan yang mana ia turut menggunakan kerentanan sistem EternalBlue yang sama seperti WannaCry sebelum ini – sekaligus membuatkan ia mudah tersebar antara sistem komputer.
Microsoft sendiri telah mengatasi kerentanan berkenaan melalui kemaskini baru – tetapi masih ramai yang tidak mengemaskini sistem mereka, membuatkan komputer masih terdedah kepada bahaya perisian hasad yang menyerang kerentanan ini.
Komputer yang diserang akan disulitkan failnya supaya tidak boleh diakses, dan memerlukan pengguna membuat bayaran sebelum dapat mengaksesnya.
Buat masa ini, perisian hasad ini didapati tersebar sekitar Eropah sahaja, tetapi tidak mustahil kita melihat ia turut tersebar ke seluruh dunia. Bagi anda yang menjaga sistem komputer, mungkin boleh memastikan anda telah mengemaskini pelbagai sistem komputer anda dengan perisian terbaru, dan menutup kerentanan EternalBlue sebelum ini.
The #Petya #ransomware is back using the #EternalBlue exploit – and our #Antivirus customers are protected! #infosec http://pic.twitter.com/fWap1rRLeA
— Avira (@Avira) June 27, 2017
Banyak lagi menarik FB kami
http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Ransomware Baru Dikenali “Petya” Mula Menyerang Sejumlah Perusahaan"