Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Chrome 59 Untuk Android Kini Membolehkan Anda Membuka Laman Web Dengan Lebih Pantas

Google Chrome merupakan salah satu pelayar web utama yang digunakan meluas pada peranti Android – apatah lagi ia hadir terbina melalui sistem operasi yang turut dimiliki oleh Google berkenaan. Terkini, pihak Google telah mula menawarkan kemaskini baru untuk pelayar web berkenaan melalui versi Chrome 59.

Menjadi fokus pada Chrome 59 untuk Android ini adalah keupayaan membuka sesuatu laman web dengan lebih pantas, serta menggunakan kurang memori berbanding sebelumnya. Perkara ini dijayakan melalui penggunaan enjin JavaScript yang baru dan ditambah-baik. Secara kasar, Google mengatakan kini laman web boleh dibuka sekitar 10-20% lebih pantas berbanding sebelumnya.

Selain daripada itu, kemaskini baru ini juga turut menyertakan sokongan animasi PNG melaluinya melalui format aPNG, selain penyertaan sokongan Image Capture API.

Bagi anda yang menggunakan pelayar web Chrome, mungkin boleh mengemaskininya pada peranti Android, dan menikmati ciri baru yang hadir ini.

Muat-Turun Chrome untuk Android



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Chrome 59 Untuk Android Kini Membolehkan Anda Membuka Laman Web Dengan Lebih Pantas"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info