Sembang Maniac

Sembang-sembang je

WhatsApp Bakal Menambah Sokongan “Sticker” Pada Aplikasi Permesejan Mereka

WhatsApp pada hari ini sedia menawarkan sokongan menghantar gambar emoji bersaiz besar, selain integrasi penghantaran gambar animasi GIF. Selain daripadanya, kini melalui versi pembangunan yang sedang diuji, WhatsApp dilihat bakal mengintegrasikan sokongan “sticker”.

“Sticker” sendiri sedia popular pada pelbagai aplikasi permesejan lain seperti Telegram, LINE, Messenger dan sebagainya. Melaluinya, ia membolehkan pengguna menghantar sebuah gambar bersaiz besar dengan ekspresi tersendiri.

Melalui paparan antaramuka yang tertiris ke arena web hari ini, ia dilihat WhatsApp akan menambah sokongan ini tidak lama lagi. Ia tidak diketahui lagi bagaimanakah proses penerbitan “sticker” ini akan dilakukan oleh WhatsApp pada aplikasi mereka.

Seperti biasa, sama-sama kita nantikan pengenalan rasmi WhatsApp untuk ciri ini tidak lama lagi.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "WhatsApp Bakal Menambah Sokongan “Sticker” Pada Aplikasi Permesejan Mereka"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info