Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Snapchat Tidak Gentar Dengan Facebook Yang Meniru Penawaran Fungsi Lebih Kurang Sama

Facebook boleh dikatakan agak aktif dalam menawarkan ciri-ciri seumpama Snapchat pada perkhidmatan mereka, termasuk baru-baru ini mereka telah memperkenalkan “Stories” bukan sahaja pada Instagram dan Facebook, tetapi juga pada WhatsApp. Melaluinya, pengguna boleh berkongsi gambar dan video yang akan hilang selepas 24 jam.

Menyentuh mengenainya, CEO Snapchat dilihat tidak takut akan perkara berkenaan.

“Sekiranya anda ingin menjadi syarikat kreatif, anda perlu selesa dan suka apabila orang meniru produk anda sekiranya anda melakukan sesuatu yang baik,” kata Evan Spiegel. “Cuma kerana Yahoo! mempunyai kotak carian, ia tidak bermakna mereka adalah Google”, tambah beliau, memperlihatkan bagaimana kedua-dua syarikat berkenaan bersaing pada awal 2000-an.

Dengan pengenalan ciri serupa pada Facebook, angka pengguna baru di Snapchat semakin berkurangan, malah penambahan angka baru pada suku pertama yang lepas adalah sangat sedikti. Snapchat dilihat menambah sekitar 8 juta pengguna aktif baru pada tempoh tiga bulan pertama 2017 ini, dan mereka kini mempunyai sejumlah 166 juta pengguna aktif seluruh dunia – yang mana jauh lebih sedikit berbanding dengan Instagram.

Angka-angka ini membuatkan para pelabur tidak begitu selesa, dan telah membuatkan harga saham Snapchat jatuh pada awal pagi ini.

Seperti biasa, dengan persaingan sihat antara kedua-dua syarikat ini, semestinya kita ingin lihat apakah perubahan-perubahan baru yang akan hadir daripada Snapchat dalam terus menyaingi Facebook dan pesaing lain.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Snapchat Tidak Gentar Dengan Facebook Yang Meniru Penawaran Fungsi Lebih Kurang Sama"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info