Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Perisian McAfee Akan Terpasang Pada Televisyen, Komputer Dan Telefon Pintar Samsung

McAfee mengumumkan kerjasama dengan Samsung untuk menggunakan perisian sekuriti mereka. Perisian McAfee VirusScan akan terpasang pada Galaxy S8, S8+, S7 Edge, S7, S6, S6 Edge dan Note 5 sejak bulan lalu. Ia mengesan kehadiran malware pada peranti-peranti di atas.

McAfee Security pula dipasang pada televisyen pintar yang dipasarkan di Amerika Syarikat dan Korea Selatan. Akhir sekali McAfee LiveSafe pula terpasang pada kesemua PC yang dihasilkan Samsung. Tempoh percubaan selama 60 hari diberikan. Bagi pengguna PC yang berminat menggunakan perisian penuh harga khas akan ditawarkan. Bagi pengguna yang mahu memastikan peranti mereka selamat dari malware, mereka tidak perlu lagi memuat turun program sekuriti sejurus selepas peranti dibeli.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Perisian McAfee Akan Terpasang Pada Televisyen, Komputer Dan Telefon Pintar Samsung"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info