Sembang Maniac

Sembang-sembang je

MSI Vortex G25 – Komputer Desktop Kompak Yang Menyokong Realiti Maya

Tahun lalu di acara Computex menyaksikan saat awal kemunculan pelbagai sistem komputer yang menyokong Realiti-Maya. Pelbagai desktop, laptop, malahan komputer yang boleh dibawa sebagai beg galas menyokong Realiti-Maya. Untuk tahun ini MSI masih konsisten dalam menyokong fungsi tersebut dan menghadirkan sistem komputer desktop G25 Gaming Desktop.

Menerusi penawaran sistem desktop yang menyokong realiti-maya dari MSI, G25VR Gaming Desktop hadir pada bentuk yang lebih nipis dan ringan, serta jauh berbeza dari sistem desktop MSI terdahulu. Sistem terbaru ini dimuatkan dalam cesi bersaiz 2.5-liter, dan tidak menggunakan ruang yang luas apabila diletakkan secara menegak. Walaubagaimanapun, berdasarkan rekaannya, mungkin ia memerlukan tapak bagi memastikan ia tidak senang terjatuh. 

Dari segi spesifikasi, Vortex G25 boleh dikuasakan dengan cip pemprosesan sehingga Intel Core i7 generasi ke-7, dan boleh dilengkapkan dengan kad grafik terkini GeForce GTX 1070 8GB GDDR5. Selain dari itu ia menyokong Super Raid 4 menerusi penggunaan 2 x NVMe M.2 SSDs dan juga mempunyai kapasiti RAM yang boleh digunakan sehingga 64GB.

Bagi tujuan realiti-maya, komputer ini mempunyai sambungan Thunderbolt 3 yang menyokong resolusi sehingga 4K. Ia mempunyai sistem penyejukan Cooler Boost Titan, iaitu sistem penyejukan yang sama dengan siri komputer riba gaming dari MSI iaitu siri GT. Dari ruang pameran, komputer desktop kompak ini dilihat berupaya untuk menjalankan simulasi realiti-maya yang intensif.

Buat masa ini tiada sebarang maklumat berkenaan harganya, dan tiada maklumat berkenaan kesediaannya untuk pasaran tempatan.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "MSI Vortex G25 – Komputer Desktop Kompak Yang Menyokong Realiti Maya"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info