Sembang Maniac

Sembang-sembang je

AMD EPYC Dan AMD Radeon Instinct – Gabungan CPU dan GPU Untuk Pusat Data

AMD memperkenalkan CPU AMD EPYC tidak lama dahulu, dan ia dikatakan akan bersaing dengan Intel di pasaran pusat data. Hari ini, di acara pengumuman AMD, syarikat tersebut menyatakan bahawa CPU AMD EPYC ini akan hadir pada 20 Jun kelak.

Buat masa ini, pihak AMD masih belum mengumumkan SKU untuk siri cip pemprosesan ini, tetapi mereka sudahpun menunjukkan beberapa nilai penanda-aras yang menunjukkan prestasi CPU-CPU ini berbanding dengan pesaing-pesaing mereka.

Menurut AMD, CPU EPYC ini akan hadir dengan nombor teras 45 peratus lebih tinggi, dan juga jumlah sokongan I/O yang lebih banyak berbanding pesaing apabila digunakan dalam konfigurasi dua teras, dan mempunyai prestasi 25 peratus lebih tinggi apabila digunakan dengan konfigurasi satu teras.

Satu lagi pengumuman untuk industri perusahaan ini ialah tentang kehadiran kad grafik AMD Radeon Instinct. Ia menggunakan cip pemprosesan grafik Vega yang sama seperti Vega Frontier Edition, tetapi lebih dikhususkan untuk proses Deep Learning, HPC (High-Performance Computing) dan juga pembelajaran mesin. Ia juga hadir dengan kuasa perkomputeran 25TFlops yang cukup berkuasa untuk penggunaan seperti ini.

AMD menunjukkan beberapa nombor penanda aras yang menggabungkan CPU AMD EPYC ini dengan kad grafik AMD Instinct, dan ia dapat dilihat mendahului pesaing-pesaing dari jenama lain.

Butiran-butiran tambahan mengenai CPU AMD EPYC dan kad grafik AMD Radeon Instinct ini, seperti jumlah SKU dan sebagainya juga dikatakan akan hadir pada 20 haribulan Jun nanti.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "AMD EPYC Dan AMD Radeon Instinct – Gabungan CPU dan GPU Untuk Pusat Data"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info