Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Kapal Kargo Elektrik Dengan Pelayaran Automatik Akan Beroperasi Seawal 2018

Sebuah kapal kargo yang beroperasi selama setahun menghasilkan jumlah pencemaran yang setanding dengan 50 Juta kereta. Ini meletakkan kapal kargo sebagai kenderaan yang paling mencemarkan alam sekitar. Di Norway, sebuah kapal kargo elektrik sedang dibangunkan oleh syarikat Yara. Ia turut akan dilengkapi sistem pelayaran automatik.

Yara Birkeland ialah kapal pertama di dalam kelasnya dan mensasarkan memulakan operasi seawal 2018. Pada awalnya ia akan dikendalikan oleh anak kapal manusia sebelum berubah kepada pelayaran automatik menjelang 2020. Kapal ini akan digunakan sebagai ganti kepada lori treler yang menghantar barangan kimia dan baja ke kilang milik Yara. Penggunaan kapal kargo elektrik akan mengurangkan pencemaran udara yang dihasilkan oleh lori sedia ada.

Projek Yara Birkeland bukanlah satu-satunya di dunia. Pihak Roll Royce juga pernah memperlihatkan konsep kapal kargo kawalan jauh yang dikawal anak kapal di atas darat beberapa tahun yang lalu. Selain mengurangkan kos operasi, pelayaran automatik akan mengurangkan kemalangan akibat kelalaian anak kapal. Di masa hadapan, kelasi kapal juga akan menjadi antara pekerjaan yang bakal pupus kerana automasi.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Kapal Kargo Elektrik Dengan Pelayaran Automatik Akan Beroperasi Seawal 2018"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info