Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Dell Memperkenalkan Dua Komputer AIO Baru Dengan Skrin Berbingkai Nipis

Bersama-sama pengenalan komputer desktop memfokuskan permainan video, Dell juga turut mengambil peluang untuk memperkenalkan dua komputer semua-dalam-satu mereka dibawah siri Insipiron. Masing-masing adalah, Dell Inspiron 27 7000 AIO dan juga Dell Inspiron 24 5000 AIO – dan kedua-duanya hadir dengan rekaan skrin berbingkai sangat nipis seumpama pada XPS 13, atau apa yang Dell panggil sebagai InfinityEdge.

Dell Inspiron 27 AIO

Dell Inspiron 27 7000 AIO hadir dengan skrin IPS bersaiz 27-inci dan menawarkan panel pada resolusi mencapai 4K UHD. Komputer semua-dalam-satu ini hadir menggunakan cip pemprosesan AMD Ryzen, dan dilengkapi kad grafik dibawah siri Radeon RX500. Melaluinya, Dell menjanjikan kuasa pemprosesan yang baik untuk realiti-maya dan kandungan multimedia. Selain itu, Dell juga turut menyertakan kamera hadapan dengan sokongan Windows Hello, selain integrasi USB Type-C 3.1, dan juga pilihan storan SSD.

Dell Inspiron 24 AIO

Dell Inspiron 24 5000 AIO pula hadir dengan skrin sentuh bersaiz 24-inci, dilengkapi cip AMD generasi ketujuh dan juga kad grafik AMD Radeon RX560. Selain penawaran lebih kurang sama Inspiron 27 7000 AIO, pihak Dell turut menyertakan teknologi SmartByte pada komputer ini bagi membolehkan ia menstrim kandungan dengan mengelak lengah masa – dimana ia mengutamakan data berkaitan video melepasi talian rangkaian terlebih dahulu, berbanding yang lain, sekaligus memudahkan anda mengikuti penstriman video menggunakannya.

Kedua-dua ini dijangka akan ditawarkan pada peringkat global dalam masa beberapa minggu lagi.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Dell Memperkenalkan Dua Komputer AIO Baru Dengan Skrin Berbingkai Nipis"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info