Sembang Maniac

Sembang-sembang je

TM Mula Menawarkan Pakej UniFi Lite Pada Harga RM149 – 10Mbps + 600 Minit Panggilan

Sejumlah agen jualan talian UniFi hari ini telah mula menawarkan pakej terbaru daripada syarikat telekomunikasi berkenaan, iaitu UniFi Lite. Melalui pelan terbaru ini, ia menawarkan pakej internet berkelajuan tinggi sehingga 10Mbps untuk muat-turun dan 5Mbps untuk muat-naik.

UniFi Lite

UniFi Lite juga turut menawarkan akses kepada HyppTV Everywhere, selain membolehkan pengguna menikmati panggilan suara STD selama 600 minit secara percuma.

Seperti biasa, langganan pelan UniFi Lite ini turut hadir dengan kontrak selama 24 bulan. Buat masa ini, ia tidak diketahui lagi bagaimanakah dengan kawasan liputannya – dan sama ada ia turut meliputi kawasan Streamyx sahaja seperti desas-desus sebelum ini.

Selain pakej untuk pengguna rumah, pihak Telekom Malaysia juga dilihat telah menambah pakej untuk UniFi Biz Lite Plan pada harga serendah RM199 – dimana ia menyasarkan pengguna perusahaan dan perniagaan pada kelajuan akses sehingga 10Mbps.

UniFi Lite

UniFi Lite



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "TM Mula Menawarkan Pakej UniFi Lite Pada Harga RM149 – 10Mbps + 600 Minit Panggilan"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info