Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Spotify Akan Mula Tawar Album Lagu Eksklusif Untuk Pengguna Berbayar Bagi Tempoh Terhad

Spotify sehingga kini menawarkan akses tanpa iklan dan beberapa ciri-ciri tambahan untuk pengguna Spotify Premium sebelum ini. Bermula hari ini, pihak Spotify juga akan menawarkan beberapa lagu dan album secara eksklusif lebih awal kepada pengguna berbayar berbanding dengan pengguna percuma.

Perkara ini diumumkan melalui perjanjian perlesenan baru bersama Universal Music Group. Melaluinya, Spotify akan membolehkan artis Universal menawarkan album secara terhad untuk tempoh sehingga dua minggu untuk pengguna Spotify Premium sebelum ia ditawarkan untuk pengguna pelan percuma.

Pengumuman perkara ini selari dengan apa yang telah diperkatakan beberapa minggu sebelum ini.

Dengan perubahan baru ini, tidak mustahil kita melihat pelanggan Spotify Premium terus bertambah dari hari ke hari, terutamanya yang inginkan akses kepada sesuatu lagu baru lebih pantas berbanding lagu lain dalam katalog.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Spotify Akan Mula Tawar Album Lagu Eksklusif Untuk Pengguna Berbayar Bagi Tempoh Terhad"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info