Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Apple Turut Akan Menghasilkan iMac Pro Untuk Pengguna Profesional

Jika kami ke rumah teman yang menjalankan perniagaan mengambil gambar secara profesional, 80% daripada mereka memilih iMac sebagai komputer desktop pilihan. Tetapi sehingga kini tidak ada versi Pro dihasilkan oleh Apple. Penantian akan berakhir dalam masa terdekat selepas Timbalan Presiden bahagian pemasaran Apple Phil Schiller mengumumkan iMac edisi Pro sedang dibangunkan bersama dengan Mac Pro versi terbaru.

iMac edisi Pro yang mensasarkan pengguna profesional yang mahukan sebuah desktop yang lebih berkuasa dari sebuah MacBook Pro tetapi lebih mampu milik dari sebuah Mac Pro. “iMac Pro” ini turut disahkan tidak mempunyai sokongan skrin sesentuh atau Touchbar kerana kedua-duanya bukan fungsi yang paling diperlukan golongan profesional buat masa ini. Beliau tidak memberikan tarikh bilakah ia akan dilancarkan buat masa ini.

Sejak kebelakangan ini Apple dituduh melupakan pengguna dari kalangan profesional dan bahagian komputer peribadi dianaktirikan kerana tumpuan lebih diberikan kepada iPhone. Dengan kedua-dua produk baru ini mungkin pengguna profesional yang setia dengan produk Apple akan tidak lagi terasa dilupakan.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Apple Turut Akan Menghasilkan iMac Pro Untuk Pengguna Profesional"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info