Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Apple Sedang Membangunkan Mac Pro Baru Dengan Rekaan Modular Untuk Penaik-Tarafan

Kali terakhir Apple memperkenalkan komputer berkuasa mereka, Mac Pro adalah pada 2013 yang lepas. Kini, selepas beberapa tahun, pihak Apple berkongsi mengatakan mereka sedang dalam proses membangunkan Mac Pro baru. Apple sekadar mengatakan ia tidak akan hadir pada tahun ini, dan pelbagai spekulasi mengatakan ia berkemungkinan hadir pada 2018 kelak.

Mac Pro merupakan salah satu komputer yang digunakan secara meluas oleh ramai yang terlibat dalam arena kreatif multimedia – terutamanya untuk menyunting video dan animasi.

Mac Pro baru ini dikatakan akan membawakan rekaan yang serba baru. Ia dikatakan akan menggunakan rekaan moduler dan menyertakan pelbagai komponen berkuasa terkini. Rekaan modular akan memudahkan pengguna untuk menaik-taraf Mac Pro mereka, selain Apple yang boleh menawarkan kemaskini komponen terbaru dari masa ke semasa.

Bersama-sama dengan pembangunan Mac Pro baru ini, Apple juga turut sedang membangunkan panel paparan “Pro” baru untuk diperkenalkan bersama-sama dengannya.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Apple Sedang Membangunkan Mac Pro Baru Dengan Rekaan Modular Untuk Penaik-Tarafan"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info