Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Avira Memperkenalkan Perkhidmatan Langganan Premium Bulanan Dinamakan Avira Prime

Avira merupakan jenama yang tidak asing lagi dalam arena sekuriti dan privasi, dimana mereka menawarkan sejumlah variasi produk antivirus dan sekuriti untuk peranti anda. Terkini, hari ini mereka telah melancarkan perkhidmatan langganan premium berbayar bulanan mereka yang dinamakan sebagai Avira Prime.

Avira Prime membolehkan pengguna membuat langganan berbayar mengikut bulanan dan menerima akses untuk semua perkhidmatan dan perisian sekuriti premium – sama ada di Windows, Mac, iOS atau Android. Ini termasuk Avira Antivirus Pro, Phantom VPN, System Speedup Pro dan lain-lain.

Avira mengatakan penawaran harga Avira Prime adalah lebih rendah berbanding pelbagai perkhidmatan ini dibeli secara berasingan.

Avira Prime

Avira Prime

Avira Prime ini ditawarkan pada harga RM30 sebulan untuk pengguna sehingga 5 peranti, atau pada harga RM39 untuk sehingga 25 peranti.

Bagi anda, adakah anda akan mendapatkan penawaran perkhidmatan “sekuriti-sebagai-langganan” ini, atau lebih selesa hanya mendapatkan satu perisian sahaja?

Layari : Avira Prime



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Avira Memperkenalkan Perkhidmatan Langganan Premium Bulanan Dinamakan Avira Prime"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info