Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Sistem Kamera Menggantikan Sensor Fizikal Bagi Memantau Nadi Dan Suhu Bayi Pramatang Berjaya Diuji

Bayi pramatang memerlukan pemantauan sepanjang masa di hospital. Tidak seperti bayi kelahiran normal, bayi pramatang mungkin telah dilahirkan dengan organ pernafasan yang belum cukup matang. Kadar nadi, pernafasan dan suhu haru sentiasa dipantau bagi memastikan mereka terus hidup. Di hospital sekarang pelbagai sensor dilekapkan pada tubuh bayi pramatang untuk pemantauan. Ini mendatangkan kerengsaan kulit dan bacaan kuran tepat apabila bayi bergerak.

Sebuah sistem kamera yang menggantikan keperluan menggunakan sensor fizikal berjaya diuji oleh penyelidik di EPFL dan Institut CSEM Switzerland. Sistem kamera ini memantau suhu bayi dengan melihat perubahan warna kulit. Nadi bayi pula dipantau dengan melihat pergerakan dada dan bahu. Sistem ini masih boleh memantau bayi dalam keadaan gelap kerana dilengkapi kamera infra-merah.

Melalui ujian yang dilakukan ke atas orang dewasa, sistem pemantauan hanya menggunakan kamera berfungsi setanding dengan sistem sensor fizikal sedia ada. Langkah seterusnya ialah melakukan ujian ke atas bayi di Hospital Universiti Zurich. Di masa hadapan sistem ini akan menggantikan sistem sedia ada dan gambar sedih bayi pra-matang dengan pelbagai wayar berselirat di dalam mesin inkubator akan menjadi sejarah silam.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Sistem Kamera Menggantikan Sensor Fizikal Bagi Memantau Nadi Dan Suhu Bayi Pramatang Berjaya Diuji"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info