Peranti Samsung Galaxy S8 dengan pilihan RAM 6 GB dan storan 128 GB hanya dijual untuk pasaran Korea Selatan dan China buat masa ini. Bagi mereka yang mahukan model dengan spesifikasi lebih tinggi ini mereka tiada pilihan selain pergi ke kedua-dua negara tersebut untuk memilikinya.
Sedikit berita baik bagi anda pagi ini ialah Samsung sedang mempertimbangkan menjual model ni secara lebih meluas. Di dalam temuramah dengan media Yonhap News, wakil Samsung dipetik berkata ia hanya akan berlaku sekiranya terdapat permintaan dari pengguna di luar Korea Selatan dan China. Di Korea Selatan S8 dengan spesifikasi lebih tinggi ini dijual pada harga Won 1.15 Juta (~RM 4483) sebuah.
Banyak lagi menarik FB kami
http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Samsung Galaxy S8 Dengan 6GB RAM Dan Storan 128 GB Mungkin Dijual Secara Lebih Meluas"