Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Pentadbir Kumpulan WhatsApp Boleh Dipenjarakan Sekiranya Menyebar Berita Palsu Di Malaysia

Hanya beberapa hari yang lalu kami melaporkan berita bahawa pentadbir kumpulan WhatsApp dan Facebook di India boleh dikenakan tindakan undang-undang sekiranya menyebar berita palsu. Mereka harus pantas memadam berita palsu yang dimuat baik ahli kumpulan yang ditadbir. Kerajaan Malaysia juga nampaknya mengambil langkah yang serupa.

WhatsApp

Timbalan Menteri Komunikasi Dan Multimedia, Datuk Jailani Johari hari ni dipetik akhbar Berita Harian mengatakan Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 boleh dikenakan ke atas pentadbir kumpulan WhatsApp yang menyebar berita yang mampu menggugat keselamatan negara. Mereka dinasihatkan supaya membendung penyebaran berita seperti ini secara proaktif.

Tahap penyebaran berita palsu dan berbaur fitnah semakin berleluasa sejak kebelakangan ini. Mungkin sudah tiba masanya pentadbir akaun media sosial melakukan tugas dengan lebih jitu dalam membendung penyebarannya. Tetapi buat masa ini WhatsApp masih belum membenarkan pentadbir untuk memadam berita yang telah dikongsi ke susur masa. Fungsi ini masih diuji di dalam WhatsApp Beta yang boleh diakses sebilangan kecil pengguna.

Media sosial ialah pedang bermata dua. Ia boleh digunakan untuk kebaikan dan juga keburukan. Bergantung kepada pengguna untuk menggunakan teknologi dengan beretika.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Pentadbir Kumpulan WhatsApp Boleh Dipenjarakan Sekiranya Menyebar Berita Palsu Di Malaysia"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info