Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Pelapik Tetikus Steelseries QcK Prism Dilancarkan Dengan Sokongan Lampu Dan Pelapik Dwi-Tekstur

Aksesori komputer yang biasanya dibeli ialah tetikus dan papan kekunci. Tetapi bagi mereka yang mahu memastikan kelancaran pergerakan dan mengelakkan kerosakan pada bahagian bawah tetikus, pelapik khas dibeli. Steelseries hari ini melancarkan QcK Prism, pelapik tetikus yang menyokong sistem lampu dan mempunyai permukaan dwi-tekstur.

Pelapik yang digunakan mempunyai dua permukaan yang menggunakan bahan polimer dan kain mikro-tekstur. Ia boleh diubah dengan pantas mengikut keperluan pengguna. Selain daripada itu ia turut mempunyai sokongan lampu RGB dengan 12 zon berbeza. Pengguna boleh memprogramkan warna lampu menyalah pada zon tertentu mengikut situasi permainan. Sebagai contoh apabila peluru hampir kehabisan, lampu merah boleh diprogram untuk berkelip. QcK Prism mempunyai dimensi 292.4 x 8.68 mm dan dijual pada harga $ 59.99 (~RM 260).



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Pelapik Tetikus Steelseries QcK Prism Dilancarkan Dengan Sokongan Lampu Dan Pelapik Dwi-Tekstur"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info