Khamis lalu ada kami laporkan sebilangan kecil pengguna Samsung Galaxy S8 di Korea Selatan mengalami masalah skrin. Paparan skrin peranti yang baru dibeli mempunyai tona merah jambu yang agak ketara. Pihak Samsung mengumumkan ini adalah masalah perisian dan bukannya perkakasan.
Bagi menyelesaikan masalah ini pihak Samsung akan memberikan kemaskini kepada kesemua peranti pada minggu hadapan. Berita baik bagi pengguna di Malaysia ialah apabila peranti dilancarkan 5 Mei hadapan, kemaskini ini sudah tersedia untuk dimuat turun.
Banyak lagi menarik FB kami
http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Masalah Skrin Merah Jambu Galaxy S8 Akan Diselesaikan Dengan Kemaskini Minggu Hadapan"