Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Kini, Lebih 1.2 Bilion Pengguna Aktif Menggunakan Facebook Messenger Setiap Bulan

Facebook mempunyai beberapa perkhidmatan yang mempunyai angka pengguna aktif bulanan melangkaui 1 bilion, termasuk Facebook Messenger. Berkongsi statistik semasa untuk perkhidmatan permesejan berkenaan, kini ia dikatakan Facebook Messenger mempunyai lebih 1.2 bilion pengguna aktif setiap bulan.

Facebook Messenger

Facebook sendiri sebelum ini telah mengasingkan Messenger sebagai platform khusus, dan memperkenalkan sejumlah ciri-ciri menarik padanya – termasuk integrasi bot, kebolehan membuat panggilan video berkumpulan, dan terkini fungsi seumpama Instagram Stories yang dinamakan Messenger Day.

Dengan perkembangan positif ini, tidak mustahil kita mula melihat Facebook lebih memfokuskan kepada penjanaan wang melalui perkhidmatan permesejan mereka – termasuk mula mengintegrasikan pengiklanan dan sebagainya.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Kini, Lebih 1.2 Bilion Pengguna Aktif Menggunakan Facebook Messenger Setiap Bulan"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info