Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Inisiatif Pelaksanaan Adobe Creative Cloud Dimeterai UITM Dan Adobe

Tidak lama dahulu, kerajaan Malaysia menyasarkan RM33 billion dari kandungan industri kreatif ke arah Pendapatan Kasar Negara menjelang tahun 2020, dan untuk mencapai sasaran tersebut, jumlah pekerja dalam bidang industri kreatif perlulah melonjak juga.

Universiti Teknologi Mara (UITM) kini baru sahaja mengumumkan inisiatif strategik jangka-masa panjang bersama-sama degan syarikat perisian kreatif Adobe untuk melengkapi kesemua kampus-kampus UITM di seluruh negara dengan perisian Adobe Creative Cloud dalam masa tiga tahun akan datang.

Inisiatif ini sejajar dengan matlamat UITM untuk melengkapi 165000 para pelajar universiti tersebut dari fakulti-fakulti seperti Seni Lukis & Seni Reka, Komunikasi & Pengajian Media dan termasuklah fakulti Sains dan IT untuk melengkapi mereka dengan kebolehan-kebolehan multimedia yang berkaitan dengan keperluan pekerjaan hari ini. Dalam pada itu, seramai 18188 ahli staf UITM juga akan dapat menggunakan perisian tersebut untuk kelas dan kuliah mereka.

Buat masa ini, kampus UITM Shah Alam merupakan kampus yang pertama yang menggunakan perisian Adobe Creative Cloud ini, manakala perlaksanaan di dalam kampus-kampus lain telahpun dijalankan sejak bulan Mac 2017, dan dijangka akan siap pada bulan ini.

Penggunaan Adobe Creative Cloud di kampus UITM buat masa ini hanyalah untuk komputer dan peranti-peranti di dalam kampus. Pihak UITM dan Adobe mengatakan bahawa penggunaan perisian kreatif ini oleh para siswa di luar kampus akan diumumkan tidak lama lagi.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Inisiatif Pelaksanaan Adobe Creative Cloud Dimeterai UITM Dan Adobe"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info