Sembang Maniac

Sembang-sembang je

HTC One X10 Kini Rasmi – Hadir Dengan Bateri Berkapasiti 4000mAh

Info berkenaan dengan HTC One X10 telah tertiris beberapa hari lepas, dan kini, HTC Russia dilihat telah menambah halaman produk berkenaan, dan secara tidak langsung memperkenalkan peranti berkenaan secara rasmi buat pertama kalinya.

hTC One X10

HTC One X10 dilihat menawarkan rekaan berasaskan kepada logam. Selain daripada rekaan ikonik daripada HTC, peranti terbaru ini juga dilihat memfokuskan kepada penawaran bateri berkapasiti tinggi melaluinya.

HTC One X10 menggunakan bateri berkapasiti 4000mAh, dan HTC mengatakan ia menawarkan masa penggunaan hampir 2 hari melaluinya.

hTC One X10

Selain daripada itu, HTC One X10 dilengkapi skrin 5.5-inci dengan paparan 1080p, memori 3GB RAM, cip pemprosesan MediaTek Helio P10, dan storan 32GB. Melengkapkan peranti ini adalah kamera 16-megapixel di belakang, dan 8-megapixel dihadapan.

Buat masa ini, ia dilihat hanya ditawarkan di Russia sahaja, dan tidak diketahui lagi sama ada akan hadir ke pasaran global lain ataupun sebaliknya.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "HTC One X10 Kini Rasmi – Hadir Dengan Bateri Berkapasiti 4000mAh"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info