Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Apple Menghampiri Ujian Jalanan Untuk Perisian Pemanduan Kenderaan Autonomi Mereka

Apple tidak lama lagi akan mula menguji perisian dan platform kenderaan autonomi mereka di jalan awam untuk pertama kali, menurut beberapa sumber terdekat.

Apple buat masa ini telah menerima kebenaran daripada pihak berkuasa di California untuk menguji teknologi kenderaan autonomi di jalan raya awam, menurut sebuah notis yang diterbitkan pada laman DMV pada penghujung minggu ini. Ini juga adalah kali pertama Apple menerima kebenaran untuk menguji teknologi mereka di jalan raya awam.

Ia dikatakan, Apple akan menguji teknologi kenderaan autonomi mereka pada kenderaan sedia ada. Apple telah membangunkan teknologi kenderaan pemanduan autonomi sejak beberapa tahun lepas, dimana ia telah melalui beberapa fasa pembangunan. Pada awalnya, Apple dikatakan ingin membangunkan kenderaan mereka tersendiri sepenuhnya, tetapi kini ia dilihat lebih memfokuskan kepada pembangunan teknologi disebaliknya terlebih dahulu.

Dengan kebenaran yang diterima ini, Apple boleh menguji teknologi pemanduan autonomi mereka di jalan raya awam, tetapi perlu memastikan terdapat seorang pemandu disebaliknya yang sentiasa peka terhadap pelbagai perkara yang berlaku – dan boleh mengambil-alih kawalan stering pada bila-bila masa.

Kebenaran yang diberikan pihak berkuasa tempatan di sana juga memerlukan Apple untuk melaporkan sebarang kemalangan atau kejadian di jalan-raya melibatkan kenderaan yang digunakan mereka dalam tempoh 10 hari selepas ia berlaku.

Pihak Apple masih tidak mengeluarkan sebarang kenyataan berkenaan pembangunan teknologi kenderaan autonomi ini.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Apple Menghampiri Ujian Jalanan Untuk Perisian Pemanduan Kenderaan Autonomi Mereka"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info