Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Aplikasi Gear 360 Baru Kini Diterbitkan Di Google Play Store

Samsung pada pengenalan Galaxy S8 tempoh hari, turut telah memperkenalkan kamera dengan kebolehan rakaman 360-darjah terbaru daripada mereka, dinamakan Gear 360. Melaluinya, ia menyertakan beberapa sokongan baru, termasuk kebolehan untuk merakamkan video pada resolusi 4K.

Disamping itu, Gear 360 baru juga turut menyertakan sokongan untuk digunakan bagi membolehkan pengguna membuat penstriman video 360-darjah terus melalui penyiaran langsung dibeberapa platform.

Samsung Gear 360

Dengan pelbagai integrasi ciri baru, ia juga memerlukan aplikasi yang dikemaskini untuk tujuan berkenaan. Ketika pengenalan, Samsung hanya menawarkan ia dalam bentuk APK, dan hari ini mereka telah pun menerbitkan aplikasi berkenaan secara rasmi di Google Play Store.

Di Malaysia, ia masih tidak diketahui lagi bilakah Gear 360 baru ini akan dilancarkan. Kita mungkin akan mengentahui lanjut mengenainya ketika penjualan rasmi Galaxy S8 pada 5 Mei kelak di Malaysia.

Muat-Turun Gear 360 di Google Play Store



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Aplikasi Gear 360 Baru Kini Diterbitkan Di Google Play Store"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info