Mark Zuckerberg sedia membuat pelaburan yang tinggi untuk arena realiti-maya melalui syarikat Oculus. Sebelum ini Mark sedia memperlihatkan penggunaan teknologi realiti-maya untuk berinteraksi secara sosial, dan kini Mark Zuckerberg turut berkongsi sejumlah gambar daripada lawatan sekitar pusat kajian Oculus.
Daripada gambar yang dikongsikan, salah satu perkara yang turut dikongsikan Mark Zuckerberg adalah sebuah sarung tangan khusus untuk digunakan bersama-sama realiti-maya dalam memudahkan interaksi.
Mark mengatakan dengan memakainya, pengguna boleh turut membawa tangan ke realiti-maya – dan secara tidak langsung menawarkan pengalaman interaksi lebih baik. Antara yang boleh dilakukan adalah termasuk melukis, menaip pada papan kekunci maya, dan malah “menembak seperti Spider-Man“.
Tiada info lanjut yang dikongsikan mengenainya. Tetapi, tidak mustahil untuk kita melihat ia dipasarkan – dan menawarkan pengalaman yang baik dalam arena realiti-maya.
Banyak lagi menarik FB kami
http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Mark Zuckerberg Memperlihatkan Prototaip Sarung Tangan Khusus Untuk Realiti-Maya"