Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Dron DJI Matrice 200 Dilancarkan Untuk Kegunaan Industri

Teknologi dron semakin matang dan kini ia bukan sahaja digunakan untuk tujuan riadah malahan digunakan di dalam sektor industri. Ia menggantikan manusia untuk melakukan penyelenggaraan dan juga pemeriksaan di loji minyak. Dron DJI Matrice 200 yang dilancarkan pagi tadi ialah dron yang direka khas untuk kegunaan industri.

Tiga model dihasilkan iaitu Matrice 200, Matrice 210 dan Matrice 210 RTK. Model Matrice 200 dilengkapi satu cagak kamera pada bahagian bawah. Matrice 210 pula dilengkapi dua cagak kamera bahagian bawah dan satu di bahagian atas. Akhir sekali Matrice 210 RTK adalah sama seperti Matrice 210 tetapi dengan sensor Real Time Kinematics untuk penerbangan yang lebih terperinci. Kesemua model mempunyai masa penerbangan maksimum selama 38 minit, jarak kawalan sehingga 7 Kilometer dan kalis air IP43. Tiada maklumat berkenaan harga diumumkan stetakat ini.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Dron DJI Matrice 200 Dilancarkan Untuk Kegunaan Industri"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info