Hasselblad, nama yang amat besar di dalam dunia fotografi. Kamera buatan mereka sangat boleh diandalkan dan digunakan untuk misi ke angkasa lepas oleh Nasa. Gambar terkenal Neil Armstrong di atas permukaan bulan diambil menggunakan sebuah kamera Hasselblad. The Luminous Landscape melaporkan Hasselblad kini telah diambil alih oleh syarikat dron DJI.
DJI dipercayai sudah memiliki 51% saham Hasselblad. Sebelum ini DJI bekerjasama dengan Hasselblad untuk melancarkan dron DJI M600 yang menggunakan kamera Hasselblad A5D. Pengambilalihan ini pastinya mengejutkan kerana DJI ialah sebuah syarikat yang hanya setahun jagung jika dibandingkan dengan Hasselblad yang sudah wujud sejak 1841.
Banyak lagi menarik FB kami
http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "(Ura-Ura) Hasselblad Telah Diambil Alih Oleh DJI"